Ahli Lembaga Pengarah, Zakat Pulau Pinang, MAINPP, Tuan Haji Mohamed Izam Mohamed Yusof diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi ZPP, En. Mohamad Kairi Ghazalli menziarahi seorang asnaf di Taman Alma Jaya kelmarin. En. Mohd Noor Adura, 49, tidak bekerja akibat terlantar sakit. Beliau mengidap kanser otak dan turut menjalani rawatan hemodialisis akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
Zakat anda akan disalurkan bagi membantu beliau dalam bentuk skim kewangan sekaligus, skim kewangan bulanan, skim tuntutan ambulan bulanan dan katil khas. Doakan semoga Allah memberi kesembuhan serta mempermudahkan segala urusan beliau. Ameen.
Zakat anda boleh ditunaikan secara ONLINE melalui portal – zakatpenang2u.com