Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan silaturahim dan kunjungan kerja ke Pusat Pengeluaran Benih Padi, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu kelmarin.
Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Dato’ Hj. Amran Hazali. Turut sama, En. Mohamad Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi ZPP; Tn. Haji Omar Ibrahim Khalid, Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan ZPP dan En. Mahroos Abdullah, Pengurus Dakwah Korporat ZPP.
Rombongan ZPP ke Pusat Pengeluaran Benih Padi, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu telah disambut mesra oleh Dato’ Md Zabidi Ariffin, Pengerusi Jemaah PPK Lahar Bubu. Turut sama, En. Jefni Md Noor, Pengurus Besar PPK Lahar Bubu, Ahli-ahli Jemaah Pengurusan serta Pengurus Pusat Pengeluaran Benih Padi, PPK Lahar Bubu.
Rombongan ZPP turut diberikan taklimat dan dibawa melihat ke tempat pemprosesan benih-benih padi. Doakan semoga jalinan kerjasama strategik dapat direalisasikan bagi membangunkan asnaf di negeri Pulau Pinang, insya-Allah.
ZPP ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada PPK Lahar Bubu atas kesudian menerima kunjungan tersebut. Tidak lupa, terima kasih juga atas sokongan padu yang diberikan kepada ZPP dalam membantu asnaf di negeri Pulau Pinang selama ini.