Zakat perniagaan PDC disampaikan Dato’ Aziz Bakar kepada Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Haji Amran Hazali sambil disaksikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid yang juga Pengerusi ZPP.
Menurut Dato’ Aziz Bakar, tahun lalu, PDC telah membuat sumbangan zakat berjumlah RM500,000.00
Tambah beliau, penyerahan zakat perniagaan itu bukan sahaja melambangkan komitmen PDC terhadap tanggungjawab sebagai institusi korporat, malah untuk menyokong misi dan visi ZPP dalam memperkasakan umat Islam di Pulau Pinang.
Sementara itu, YB Dato’ Dr. Mohamad berkata, zakat perniagaan adalah salah satu kewajipan dalam Islam yang perlu dilaksanakan oleh individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan.
“Penyerahan zakat ini bukan sahaja memenuhi tuntutan syariat Islam, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menyokong golongan yang memerlukan dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi ummah,” katanya. – KOSMO ONLINE