Zakat Pulau Pinang hari ini menerima kunjungan Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang baharu.
YB Dato’ juga merupakan Pengerusi MMK Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan & Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat merangkap ADUN Batu Maung.
Taklimat pengurusan ZPP telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP.