Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menerima kunjungan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Zulat’fi bin Mohamad, Pengarah Operasi Negeri, Seksyen Perisikan Dan Profiling, LHDN Pulau Pinang.
Rombongan telah disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Encik Mohamad Kairi bin Ghazalli dan pegawai-pegawai pengurusan ZPP.
Kunjungan ini bertujuan untuk beramah mesra serta meneroka ruang kerjasama strategik yang dapat dijalinkan antara kedua-dua agensi.