Berita 2023

18 JANUARI 2023 – MOU ANTARA ZAKAT PULAU PINANG DAN UNISHAMS

Zakat Pulau Pinang akan menaja tiga orang pelajar lepasan SPM bermula tahun 2022 dalam pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS), UniSHAMS dan dijangka akan menamatkan pengajian pada bulan Jun 2026.

Untuk itu, satu Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani di antara Zakat Pulau Pinang, MAINPP dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) hari ini. Kerjasama pintar ini bertujuan bagi meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh pelajar-pelajar dengan tujuan untuk meningkatkan lebih ramai pegawai perubatan Muslim terutamanya dari golongan asnaf.

Peruntukan kos keseluruhan tajaan ini adalah sebanyak RM294,260.00. Ia meliputi purata setahun kos bagi seorang pelajar perubatan adalah berjumlah RM60,000.00. Justeru bagi 3 orang pelajar yang diperuntukkan kos tajaan sebanyak RM180,000.00.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Zakat Pulau Pinang dan UniSHAMS ini telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAMS dan Prof. madya Dr. Wan Nazjmi Mohamed Fisol, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UniSHAMS. Zakat Pulau Pinang telah diwakili oleh Dato’ Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang dan En. Mohamad Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Zakat Pulau Pinang.

Diharapkan pelajar-pelajar yang bakal mendapat tajaan perubatan ini mampu belajar bersungguh-sungguh, mempunyai keiltizaman yang tinggi menjadi generasi Muslim yang berjaya serta kembali sebagai pembayar zakat yang bakal menyantuni asnaf yang memerlukan bantuan pula selepas ini.

Semoga ikatan kerjasama strategik antara Zakat Pulau Pinang dan UniSHAMS ini menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih erat dan kerjasama yang lebih utuh pada masa hadapan. Terima kasih UniSHAMS.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago