18 Januari 2020, Perai : Satu Sesi Townhall Bersama CEO ZPP telah diadakan baru-baru ini. Dalam sesi tersebut CEO ZPP memberi penerangan serta menjelaskan kembali visi, misi serta halatuju ZPP. Kakitangan ZPP turut berpeluang berdialog bersama CEO ZPP serta mengemukakan cadangan ke arah meningkatkan lagi mutu pengurusan dan perkhidmatan ZPP. Sesi tersebut diserikan lagi dengan penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang kepada kakitangan yang telah memberikan perkhidmatan terbaik di sepanjang tahun 2019.