Zakat Pulau Pinang berpeluang menunaikan temujanji bersama Ez Bakti Enterprise, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan dalam bidang kontraktor, pembersihan awam, pembinaan, dan pembekalan.
Tuan Zulkifli Zainula, Pengurus Ez Bakti Enterprise, menunjukkan komitmen tinggi terhadap tanggungjawab berzakat. Beliau dengan teliti memastikan pengiraan zakat perniagaan dilakukan dengan tepat dan meminta Zakat Pulau Pinang untuk proses taksiran zakat.
Keprihatinan beliau dalam memastikan kewajipan ini dipenuhi tanpa tertangguh adalah contoh yang patut dicontohi. Semoga usaha ini diberkati Allah dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak syarikat untuk menyempurnakan zakat perniagaan mereka.