Zakat Pulau Pinang telah berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke syarikat TME Management & Services Sdn Bhd dan bertemu dengan Pengarah Urusannya, Tuan Muhammad Taha bin Nagor Meera.
Kunjungan pertama ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang baik antara kedua-dua pihak, di samping memberikan ‘soft reminder’ berkenaan kewajipan pembayaran zakat perniagaan bagi haul 2024.
Zakat perniagaan bukan sahaja satu tanggungjawab sebagai Muslim tetapi juga satu cara untuk menyucikan harta dan menyumbang kepada pembangunan ummah. Semoga hubungan ini terus erat dan memberi manfaat besar kepada syarikat serta komuniti.