Berita 2023

16 NOVEMBER 2024 – 8,035 PELAJAR TERIMA MANFAAT SKIM DERMASISWA DAN PERMULAAN IPT ZPP

Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah mengadakan Majlis Penyerahan Skim Dermasiswa Pengajian dan Skim Permulaan IPT Tahun 2023 di Hotel Ixora.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Dalam majlis ini, ZPP mengagihkan sebanyak RM14,515,000.00 khusus bagi Skim Dermasiswa Pengajian pada tahun 2023. Jumlah ini meliputi pembiayaan yuran pengajian kepada 3,545 orang pelajar yang belajar di institusi pengajian tinggi dalam negara yang merangkumi peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana (master) dan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
ZPP turut menyalurkan Skim Permulaan IPT yang berjumlah sebanyak RM5,300,000.00 kepada seramai 4,490 pelajar-pelajar Pulau Pinang di dalam dan luar negara untuk pengajian di peringkat matrikulasi, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah Doktor Falsafah.
Skim Dermasiswa Pengajian dan Skim Permulaan IPT adalah antara usaha ZPP, MAINPP bagi membangunkan generasi ummah yang cemerlang di Pulau Pinang.
Diharap pelajar-pelajar dapat menggunakan amanah zakat ini sebaik mungkin seterusnya mengubah nasib umat, masyarakat dan keluarga ke satu tahap yang lebih baik.

Semoga para penerima berjaya dalam pelajaran dan kerjaya seterusnya kembali sebagai penyumbang zakat bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan di Negeri Pulau Pinang.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

31 DISEMBER 2023 – TEA KADAI BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN

Tea Kadai ini pemilikan 100% Muslim, ada sijil Halal dan yang paling shempoi, Pengurusan Tea…

54 years ago

30 DISEMBER 2023 – AMALAN UTAMA TRADING BAYAR ZAKAT

Pada Khamis yang lalu "Tour Muzakki” bersama Timbalan CEO Operasi, Ustaz Mohamad Kairi Ghazalli, hadir…

54 years ago

30 DISEMBER 2023 – NASDEEM VENTURES SDN BHD BAYAR ZAKAT

Mereka sangat berjaya dan sangat humble dalam membantu asnaf di Pulau Pinang. Terima kasih Dato'…

54 years ago

30 DISEMBER 2023 – AYURVEDIC CENTRE BAYAR ZAKAT

Terima Kasih Dr. Muhammad Sunil Bin Abdullah, pemilik Sanjeevani Ayurvedic Centre, kerana menunaikan Zakat Perniagaan…

54 years ago

30 DISEMBER 2023 – SULAIMAN NASI KANDAR BAYAR ZAKAT

Terima kasih 'Sulaiman Nasi Kandar' kerana sudi menunaikan Zakat Perniagaan kepada Zakat Pulau PinangZakat anda…

54 years ago

30 DISEMBER 2023 – HUSSAIN PASEMBUR KING PADANG KOTA BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN

Terima Kasih Tn Hj Mohamed Hussain bin Mohd Sheriff, pemilik Perniagaan HUSSAIN PASEMBUR KING Padang…

54 years ago