Telah berakhir Bengkel Lonjakan SPM khusus untuk subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Arab & Dini yang bermula pada 14 – 16 Julai 2023 di Hotel Ixora dengan kerjasama JPNPP.
Bengkel ini disertai oleh 40 Jurulatih Utama (Guru Pakar) yang mewakili semua subjek.
Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU, Jabatan Perdana Menteri, hadir mengunjungi bengkel yang diadakan pada hari ini sebagai sokongan program MPDCA yang dilaksanakan di negeri Pulau Pinang.