FOTO-FOTO Sekitar Majlis Perjumpaan Timbalan Ketua Menteri 1 bersama Jabatan Dan Agensi Agama Islam Negeri Pulau Pinang & Pelancaran Penjenamaan Zakat Dan Wakaf MAINPP Tahun 2025
Dalam majlis berkenaan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah merasmikan penjenamaan logo dan nama baharu Zakat Pulau Pinang dan Wakaf Pulau Pinang kepada Zakat MAINPP dan Wakaf MAINPP.
Penjenamaan semula adalah langkah transformasi bagi kita terus melonjakkan pencapaian sedia ada ke tahap yang lebih tinggi bagi mendepani cabaran pada masa hadapan.
Transformasi ini juga tidak hanya terhad kepada penjenamaan nama dan logo sahaja tetapi ianya juga mendasari transformasi terhadap peranan, strategi dan tadbir urus secara berkesan yang dimainkan oleh kedua- dua agensi ini.
Hal ini adalah sangat penting bagi memastikan segala gerak kerja dan perancangan pembangunan umat Islam dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Selain itu, perubahan dan anjakan dasar ke arah tatakelola yang lebih mampan akan terus dimartabatkan mengikut tuntutan semasa demi kesejahteraan ummah di negeri ini.