Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) telah menyerahkan bantuan kepada dua keluarga yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku baru-baru ini di kawasan Permatang Tok Jaya & Pekan Darat.
Kebakaran yang berlaku pada awal minggu ini mengakibatkan dua buah rumah musnah, menyebabkan keluarga mangsa kehilangan tempat tinggal serta barangan keperluan asas.