Berita 2021

16 DISEMBER 2021 – MAJLIS PELANCARAN PROJEK PELADANG USAHAWAN NANAS

16 DISEMBER 2021, Ara Kuda – Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang hari ini telah merasmikan Projek Peladang Usahawan Asnaf yang terletak di Jalan Ara Kuda, Seberang Perai. Projek Peladang Usahawan Asnaf yang dimulakan pada Mac 2020 ini menjadi program agihan dana zakat secara produktif yang melibatkan kerjasama pintar Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui Wakaf Pulau Pinang dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dalam merintis hasrat Zakat Pulau Pinang menjayakan agenda pemerkasaan asnaf di Pulau Pinang. Seramai 6 orang yang terdiri daripada asnaf zakat telah menerima tajaan dan seterusnya diberikan latihan kemahiran berkaitan kerja-kerja penanaman pokok dan pengurusan ladang nanas dengan mendapatkan nasihat dan latihan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Pulau Pinang iaitu sebuah agensi kerajaan persekutuan yang bertanggungjawab memajukan penanaman nanas di seluruh negara. Projek Peladang Asnaf Nanas ini merupakan cetusan idea yang dikemukakan oleh Mantan Pengerusi Zakat Pulau Pinang sesi 2017-2019, YBhg. Dato’ Abdul Malik bin Abul Kasim, yang berhasrat menjadi salah satu inisiatif untuk menjana pendapatan golongan asnaf.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Encik Amran Hazali turut berharap agar Projek Peladang Asnaf Nanas ini berjaya memperkasa para peserta asnaf seterusnya mampu menjadi usahawan berjaya dan menjadi seorang pembayar zakat di Pulau Pinang suatu hari nanti. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ IR Haji Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman. Turut hadir, Dato’Puan Aini Mohamad Amin, Pengarah Wilayah Utara, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, YBhg. Dato’ Abdul Malik bin Abul Kasim, YB Haji Mohd Tuah Ismail, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Encik Ahmad Ghazali Muhammad Nadzri, wakil Pegawai Undang-undang, Encik Mohd Hafiz Jaafar, Pegawai Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah, YBhg Encik Muhasdey Muhamad dan YBhg Dr. Wan Nor Hassan, Ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago