Zakat Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan bas RapidPenang untuk mempromosikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam aplikasi maiZAKAT.
Anda akan dapat melihat beberapa buah bas RapidPenang di beberapa laluan penting mulai hari ini sehingga Febuari tahun hadapan.
Ini merupakan salah satu seruan dakwah zakat kepada masyarakat sekaligus memberi kemudahan kepada Muzakki dan Mustahik untuk membayar zakat, memohon bantuan zakat dan lain-lain lagi kemudahan yang disediakan dalam aplikasi maiZAKAT ini.