Baru-baru ini, ZPP telah menerima lawatan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand. Lawatan bertujuan bagi melihat pengalaman ZPP dalam urus tadbir zakat di negeri Pulau Pinang.
Timbalan CEO Operasi ZPP , Ustaz Mohamad Kairi Ghazalli menyambut rombongan lawatan berkenaan. Lawatan diketuai oleh Dr. Haji Ahmadkamel Haji Wan Yusof, Timbalan YDP Majlis Agama Islam Wilayah Pattani.
Terima kasih atas kesudian Majlis Agama Islam Wilayah Pattani datang ke Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.