Perasmian pembukaan persidangan telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, sambil disaksikan oleh YB Dato Dr Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Tema persidangan adalah “Inovasi Tadbir Urus Zakat Dalam Merapatkan Kesenjangan Sosioekonomi Ummah”.
Persidangan selama 2 hari iaitu bermula pada 15 hingga 16 Februari ini merupakan anjuran bersama diantara Al-Hady Centre Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) yang diadakan di Universiti Sains Malaysia.