14 November 2021, Alor Setar : ZPP telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang diketuai oleh En. Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP. Rombongan ZPP disambut oleh Dato Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.
Lawatan kerja ini dapat memberi peluang merapatkan ukhuwah serta bertukar-tukar pandangan dan pengalaman masing-masing dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat. Dalam masa yang sama, ZPP telah menyerahkan bantuan untuk mangsa banjir yang berjumlah RM50,000 dari sumber Tabung Kemanusian ZPP. Tabung tersebut bertujuan membantu mangsa banjir di Negeri Kedah.