Foto sekitar lawatan Ahli Lembaga Pengarah ZPP, Dato’ Haji Alias bin Haji Ali dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ZPP, Mohamad Kairi Ghazalli ke tapak Program@Projek Ladang Asnaf Fertigasi Tanaman Timun Zakat Pulau Pinang.
Program@Projek Ladang Asnaf Fertigasi Tanaman Timun merupakan satu program mengangkat potensi belia asnaf melalui revolusi teknologi pertanian. Ianya merupakan kolaborasi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Program ini bertempat di Kampung Teluk Wang, Ara Kuda Seberang Perai Tengah. Tempoh program ini selama 4 musim penanaman (Mac – Disember 2023).
Terima kasih pembayar zakat. Zakat anda memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf untuk menambah pendapatan.