Terima kasih kepada En. Johari, Managing Director Al Aisha Catering, atas kepercayaan dan komitmen menunaikan Zakat Perniagaan bagi tahun ke-2 melalui Zakat Pulau Pinang.
Kehadiran kami di pejabat beliau disambut dengan penuh mesra. Sambil berkongsi pengalaman dan sejarah penubuhan Al Aisha Catering, En. Johari turut menyatakan kesediaan beliau untuk membantu memperkenalkan Zakat Pulau Pinang kepada rakan-rakan perniagaan lain agar mereka juga mendapat maklumat zakat yang tepat.
Kami di Zakat Pulau Pinang mendoakan semoga perniagaan Al Aisha Catering terus berkembang maju dan En. Johari sekeluarga sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Aamiin.
Bersama kita membawa keberkatan kepada ummah.