Kunjungan hormat BIMB Securities Sdn Bhd (BIMBSEC) ke Zakat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (ZAKAT MAINPP).
BIMBSEC merupakan anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan pembrokeran saham. Selain itu, turut berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Penasihat Syariah yang bertanggujawab memberikan khidmat nasihat Syariah terhadap produk dan perkhidmatan berkaitan dengan kewangan Islam.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan antara kedua pihak serta meneroka peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan termasuklah memperkenalkan platform pelaburan patuh syariah bersama BIMBSEC serta sebarang kolabarasi lain yang boleh dijayakan bersama Zakat MAINPP demi kebaikan umat Islam khususnya di Pulau Pinang.
Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak ruang sinergi dalam usaha memperluaskan manfaat zakat ke arah keberkatan yang lebih besar.