Majlis Penandatanganan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah diadakan di Bilik Persidangan Canselori, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pagi tadi
MoA yang termeterai pada hari ini antaranya bertujuan untuk berkolaborasi dalam merancakkan penerbitan buku-buku berkenaan pengurusan zakat di Pulau Pinang.
Peluang bekerjasama dalam dunia penerbitan bersama Penerbit USM akan digunakan sebaik mungkin dalam mempromosikan dakwah zakat khususnya di Pulau Pinang dan di persada antarabangsa.
ZPP diwakili oleh Dato’ Haji Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP dan En. Mohamad Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi ZPP. USM pula diwakili oleh Profesor Madya Dr. Nazarudin Zainun, Pengarah, Penerbit USM dan Yang Berusaha Profesor Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat dan Kelestarian Institusi, USM yang mewakili Naib Canselor USM.
Semoga kerjasama antara USM dan ZPP ini berterusan dan dapat terus dipertingkat dari masa ke semasa dalam usaha menyantuni muzakki dan mustahiq di negeri Pulau Pinang. Insya-Allah