BERITA AGIHAN

13 OKTOBER 2023 – MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERAKSI BELIA (PIB) ETIQA-AYG

Foto-foto sekitar Majlis Perasmian Pusat Interaksi Belia Pangsapuri Waqaf Siti & Hajjah Norijah dan serahan mock key kepada seorang peserta baharu Program MASA@Sungai Nibong oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Program MASA@Sungai Nibong ini bertujuan mewujudkan perkampungan Islam yang berdaya maju di kawasan bandar. Sebanyak 25 unit pangsapuri kos sederhana rendah Waqaf Siti & Hajjah Norijah telah diperuntukkan bagi perlaksanaan program ini.

la merupakan satu program pembangunan asnaf yang holistik di mana peserta diberi bimbingan dalam aspek pembangunan fizikal, kecekapan bakat, rohani dan jati diri.

Program naungan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Zakat Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang dan ISDEV, Universiti Sains Malaysia

Hadir bagi merasmikan program adalah Timbalan Ketua Menteri 1, Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid bersama-sama Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Insurance Berhad, Fukhairudin Mohd Yusof; Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Amran Hazali; Ketua Pengarah Eksekutif AYG, Muhammad Nizam Samsudin; Memangku Ketua Pengarah Eksekutif, Hafizudin Sirajudin; Memangku Pengarah ISDEV USM, Dr. Azrin Ibrahim dan Ketua Projek Makmal Sosio-Akademik di Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah, Sungai Nibong (MASA@Sungai Nibong), Profesor Kehormat ISDEV, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh dan Dr. Shereeza Mohamed Saniff.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago