Telah termeterai sebentar tadi Perjanjian Wakalah Agihan Zakat antara PDRM Kontinjen Pulau Pinang dan Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Skim Wakalah adalah dasar pengembalian semula wang zakat oleh MAINPP kepada entiti yang membayar zakat kepada Zakat Pulau Pinang untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.
Dengan itu, PDRM Kontinjen Pulau Pinang bersama Zakat Pulau Pinang akan berkerjasama mengagihkan kembali wang kutipan zakat yang diterima melalui potongan gaji anggota dan kakitangan PDRM Kontinjen Pulau Pinang kepada golongan asnaf yang layak dan memerlukan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim Wakalah, hubungi / whatsapp Us. Hj. Azhari Ahmad – 019 472 5101