Berita 2023

13 APRIL 2023 – SAGUHATI HARI RAYA KEPADA FAKIR MISKIN DAN SAGUHATI PENGIMARAHAN MASJID BAGI SOLAT TARAWIKH KEPADA MASJID-MASJID NEGERI PULAU PINANG

SAGUHATI HARI RAYA KEPADA FAKIR MISKIN DAN SAGUHATI PENGIMARAHAN MASJID BAGI SOLAT TARAWIKH KEPADA MASJID-MASJID NEGERI PULAU PINANG

Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah mengagihkan Bantuan Saguhati Hari Raya Fakir dan Miskin 2023 dengan jumlah sebanyak RM5,366,600.00 yang melibat 8,764 orang dalam kalangan asnaf fakir dan miskin. Jumlah yang diterima oleh asnaf ini adalah berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan merujuk kepada kutipan zakat fitrah sebanyak RM6.59 juta yang telah dipungut.
Saguhati yang diberikan ini bagi meringankan beban penerima dalam kalangan asnaf di Pulau Pinang untuk menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal.
Dalam majlis yang sama ZPP juga telah telah mengagihkan saguhati wang tunai sebanyak RM2,000 kepada 208 masjid di seluruh negeri ini dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM416,000 bagi tujuan pengimarahan masjid untuk solat tarawih sempena Ramadan ini.
Sumbangan ini dapat membantu pengurusan masjid mengimarahkan suasana Ramadan di tempat masing-masjid agar menjadi tarikan yang istimewa buat masyarakat khususnya generasi muda di Pulau Pinang.
Kedua- dua saguhati ini telah diserahkan dalam Majlis Penyerahan Saguhati Pengimarahan Masjid Bagi Solat Tarawikh Kepada Masjid-Masjid Negeri Pulau Pinang dan Saguhati Hari Raya Kepada Fakir Miskin Tahun 2023 yang diadakan di Masjid Jamek Kubang Ulu dan telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato’ Dr Roslan Ahmad sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Amran bin Hazali.
Turut hadir adalah Ahli MAINPP, Ahli Lembaga Pengarah ZPP, Pegawai Tadbir Agama Daerah SPT dan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kubang Ulu.

Terima kasih pembayar zakat.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago