12 November 2021, Ara Kuda : ZPP telah menerima lawatan daripada Pengarah Perindustrian Nanas Malaysia Wilayah Utara, Pn. Aini Binti Mohd Amin di Tapak Projek Peladang Usahawan Asnaf Nanas ZPP di Ara Kuda. Turut hadir dalam lawatan berkenaan adalah mantan YDP, MAINPP, Datuk Abdul Malik bin Abul Kassim.Dalam lawatan tersebut beliau telah diberi penerangan tentang kawasan tanaman nanas dan juga penjagaan yang rapi bagi menjaga kualiti nanas tersebut. Disamping itu juga Pn. Aini berkongsi pendapat dan juga memberi idea bagi memantapkan lagi penanaman nanas tersebut.