ZPP menyantuni 8 beradik yatim piatu yang baru kehilangan bapa mereka 3 hari lalu. Ibu mereka telah meninggal dunia sejak 6 tahun lepas. Kini, abang sulung dan anak kedua memainkan peranan untuk menjaga 6 orang adik. Keluarga ini merupakan penerima Skim Kewangan dan Makanan Bulanan ZPP. Dalam kunjungan pagi tadi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, En. Mohamad Kairi Ghazalli menyerahkan Skim Kafalah Mahabah dan sumbangan wang kecemasan. ZPP akan turut membantu keluarga ini yang juga menghadapi masalah tunggakan bil utiliti dan yuran persekolahan. Terima kasih pembayar zakat
.
Skim Kafalah Mahabbah merupakan skim khairat kematian daripada ZPP kepada WARIS PEMBAYAR ZAKAT dan WARIS PENERIMA BANTUAN KEWANGAN BULANAN ZPP. Maklumat lanjut di – https://zakatpenang.com/skim-kafalah-mahabbah/
.
Tunaikan zakat anda secara online melalui portal – ZAKATPENANG2U.COM