Alhamdulillah kelas bimbingan PPM di lokasi SAR Ar-Rahman, Padang Cempedak berjalan lancar dengan kehadiran seramai 27 pelajar dan bantuan 4 sukarelawan terlatih dari Yayasan Islam Pulau Pinang.
Pelajar kelihatan bersemangat dan bersungguh-sungguh menyelesaikan latihan modul Pulau Pinang Mengajar yang baharu.
Terima Kasih kepada Zakat Pulau Pinang yang menaja kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar yang berfokuskan kemahiran Membaca, Menulis & Mengira(3M).
Program ini adalah usaha YIPP memastikan pelajar mendapatkan ruang dan tempat pendididikan bagi pelajar yang memerlukan agar tiada yang tercicir dalam dunia pendidikan demi pembangunan insan di masa hadapan.
Kelas bimbingan Pulau Pinang Mengajar adalah sebuah inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar yang berasal dari keluarga dhuafa. Kelas ini digerakkan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) yang ditaja oleh Zakat Pulau Pinang