Pada 8 Januari 2025, Zakat Pulau Pinang, MAINPP telah mengadakan lawatan rasmi ke Kulim Advanced Technologies Sdn. Bhd. (KTECHNO).
Lawatan ini bertujuan untuk menyerahkan Surat Perjanjian antara pihak ZPP dan KTECHNO, sekaligus memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Dalam kesempatan yang sama, sesi “Sembang Santai” turut diadakan bersama para pelatih tajaan ZPP. Sesi ini menjadi platform untuk mendengar pengalaman mereka dan memberi inspirasi ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Terima kasih kepada pihak KTECHNO atas sambutan mesra dan sokongan terhadap program pembangunan asnaf. Semoga kerjasama ini terus memberi manfaat besar kepada komuniti.