Berita 2023

10 FEBRUARI 2023 – SIDANG MEDIA KAD LAPORAN PRESTASI ZAKAT PULAU PINANG TAHUN 2022

YB. Dato’ Ir.  Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkongsi prestasi kutipan dan agihan zakat pada tahun lalu yang mencatatkan prestasi yang baik.

Beliau berkata, jumlah kutipan zakat keseluruhannya yang direkodkan adalah RM150,144,855.61 dan jumlah ini meningkat daripada jumlah kutipan zakat pada 2021 dengan kadar lonjakan 1.97 peratus atau RM2,905,083.22.

“Zakat Harta mencatatkan jumlah kutipan RM143,546,763.64 berbanding RM141,219,358.71 pada tahun 2021.

“Peningkatan ini didorong oleh pertambahan jumlah muzakki 2.76 peratus yang mewakili 77,895 muzakki (pembayar zakat) berbanding 75,746 muzakki pada 2021,”katanya.

Tambah beliau, kutipan Zakat Fitrah bagi 2022 juga meningkat 9.59 peratus iaitu RM6,598,091.97 berbanding RM6,020,413.68 pada tahun sebelumnya.

“Agihan zakat pada tahun lalu pula meningkat 9.11 peratus iaitu RM155,178,694.81 berbanding RM142,224,809.10 pada 2021.

“Bilangan penerima zakat atau mustahiq pada 2022 seramai 40,243 orang iaitu penyusutan 1.15 peratus berbanding 40,711 mustahiq pada 2021.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago