YB. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkongsi prestasi kutipan dan agihan zakat pada tahun lalu yang mencatatkan prestasi yang baik.
Beliau berkata, jumlah kutipan zakat keseluruhannya yang direkodkan adalah RM150,144,855.61 dan jumlah ini meningkat daripada jumlah kutipan zakat pada 2021 dengan kadar lonjakan 1.97 peratus atau RM2,905,083.22.
“Zakat Harta mencatatkan jumlah kutipan RM143,546,763.64 berbanding RM141,219,358.71 pada tahun 2021.
“Peningkatan ini didorong oleh pertambahan jumlah muzakki 2.76 peratus yang mewakili 77,895 muzakki (pembayar zakat) berbanding 75,746 muzakki pada 2021,”katanya.
Tambah beliau, kutipan Zakat Fitrah bagi 2022 juga meningkat 9.59 peratus iaitu RM6,598,091.97 berbanding RM6,020,413.68 pada tahun sebelumnya.
“Agihan zakat pada tahun lalu pula meningkat 9.11 peratus iaitu RM155,178,694.81 berbanding RM142,224,809.10 pada 2021.
“Bilangan penerima zakat atau mustahiq pada 2022 seramai 40,243 orang iaitu penyusutan 1.15 peratus berbanding 40,711 mustahiq pada 2021.