Setelah menghadiri persidangan World Zakat & Waqf Forum (WZWF) di Leeds, UK, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang (ZPP), Dato’ Amran Bin Hazali terus ke negara Timur Tengah iaitu Jordan dan Mesir dalam rangka lawatan menziarahi pelajar-pelajar ZPP khasnya penerima dermasiswa ZPP.
Di Amman, Jordan, CEO ZPP telah mengiringi kumpulan pelajar- pelajar lepasan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) yang akan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di The World Islamic Sciences and Education University (WISE Universiti) Amman, Jordan menerusi tajaan Biasiswa Bank Rakyat – ZPP. CEO ZPP juga telah di jemput untuk menghadiri program ramah mesra bersama pelajar Yarmouk University, Al-Albayt University, Jerash University dan WISE University. Dalam majlis berkenaan simbolik penyerahan sumbangan dana zakat kepada para pelajar Majlis Mahasiswa Pelajar Pulau Pinang Jordan juga telah diadakan.
Selesai lawatan di Jordan, CEO ZPP terus ke Kaherah untuk menziarahi para pelajar Pulau Pinang yang menuntut di bumi Mesir. Majlis Ramah Mesra telah diadakan bersama mahasiswa-mahasiswi Pulau Pinang di Asrama Pulau Pinang yang terletak di Hayyu Sabie’, Nasr City. Selain sesi dialog bersama pelajar, juga diadakan upacara simbolik penyerahan sumbangan zakat kepada Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah peruntukan asnaf Fi Sabilillah.