A+ R A-

Tabung Haji Tunai Zakat Perniagaan

30 April 2018, Seri Mutiara, Georgetown : Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat perniagaan yang berjumlah RM 2,414,767.78 bagi haul 2017 di kediaman rasmi Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang. Penyerahan zakat perniagaan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah kepada Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang T.Y.T Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dalam satu majlis ringkas di Seri Mutiara.

Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ( MAINPP ) merangkap exco sementara Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehawal Pengguna Dato' Abdul Malik Abul Kassim, Mufti Pulau Pinang Sahibus Samahah Dato' Wan Salim Wan Muhammad Noor, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang ( JHEAIPP ) merangkap pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ZPP Datuk Sazali Hussein, Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Abu Shukor Jangga serta beberapa kakitangan kanan TH.

IMG 7806

IMG 7812

IMG 7818

IMG 7842

Harga Emas Semasa:RM166.85

Nisab: RM14,700

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga APRIL 2018) 
Kutipan RM38,765,954.28
Agihan RM31,798,158.92

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome