A+ R A-

Sumbangan Mesin Hemodialisis kepada PHZ

15 OGOS 2018, Permatang Rawa  : Talent Suites Sdn. Bhd. telah menyumbang dua mesin hemodialisis yang bernilai RM77,000.00 kepada Pusat Hemodialisis Zakat, ZPP (PHZ) di Cawangan PHZ Permatang Rawa.

Pengarah Urusan, Puan Puteri Nor Hamidar Binti Megat Salleh berkata, "saya berharap mesin dialisis ini dapat membantu seramai yang boleh supaya kami semua dapat manfaat daripada apa yang kami usulkan, InsyAllah kalau ada rezeki, pada masa akan datang saya akan berbincang bagi penambahan mesin ini lagi" temubualnya dalam satu kenyataan disini. 

Sebelum ini pihak syarikat turut membayar zakat perniagaan sebanyak RM80,000.00 bagi haul 2018. Mesin hemodialisis itu diserahkan dalam satu majlis ringkas kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif  ZPP, Dato' Haji Sazali bin Hussin, turut hadir pada majlis serahan tersebut beberapa kakitangan dari Talent Suites Sdn. Bhd.

IMG 0981

IMG 0999

IMG 1015

IMG 1028

 

Harga Emas Semasa: RM158.90

Nisab: RM14,700

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga JULAI 2018) 
Kutipan RM68,971,784.70
Agihan RM59,109,709.46

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome
 over here http://homecrafts.co.in/comparision/domestic-atta-chakki-machine-price/