A+ R A-

Majlis Pelancaran 'Skim Kafalah Mahabbah'

31 Ogos 2019, Kepala Batas : Majlis Sambutan Ma'al Hijrah 1441H / 2019M Peringkat Pulau Pinang telah berlangsung baru-baru ini dan pada waktu yang sama Zakat Pulau Pinang, MAINPP telah melancarkan 'Skim Kafalah Mahabbah'.

'Skim Kafalah Mahabbah' adalah satu KHAIRAT KEMATIAN atau satu tabung sumbangan ikhlas dari ZPP yang diberikan kepada waris pembayar zakat dan penerima bantuan bulanan zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat dan penerima bantuan zakat bulanan di Pulau Pinang. Ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh ZPP. 

Turut menyempurnakan majlis tersebut ucapan dari Yang Berhormat Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang serta lafaz perasmian oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Dalam majlis tersebut juga, Buku Laporan Tahunan Zakat 2018 telah diserahkan oleh YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato Haji Abdul Malik Abul Kassim kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

IMG 5974

IMG 5976

IMG 5990

IMG 6005

IMG 6031

IMG 6038

 

 

Harga Emas Semasa: RM 200.43

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga JUL 2019)
Kutipan: 
RM 71,002,240.88
Agihan: RM 64,516,287.99

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome