A+ R A-

PROGRAM SERAHAN SKIM KAFALAH MAHABBAH ZPP 2020

28 Febuari 2020, Seberang Perai Tengah : Majlis serahan skim berkenaan telah diadakan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah pagi ini. ZPP diketuai En. Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, turun ke 3 buah rumah bagi serahan terus kepada waris Mustahiq (penerima zakat bulanan) dan Muzakki (pembayar zakat) yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Setakat ini, ZPP telah menyalurkan sebanyak RM13,000 kepada 7 orang waris Mustahiq dan 6 orang waris Muzakki yang telah meninggal dunia. Wang skim berkenaan telah dikreditkan terus ke akaun waris.

Skim Kafalah Mahabbah atau skim khairat kematian ini telah dilancarkan pada 31 Ogos 2019 oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas yang membolehkan waris Muzakki dan Mustahiq menerima sumbangan RM1,000.

Syarat bagi skim ini adalah pembayar (Muzakki) perlu membuat bayaran zakat sebanyak RM100 minimum setahun dan penerima bantuan bulanan zakat (Mustahiq).

Dengan adanya Skim Kafalah ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga waris Muzakki dan Mustahiq yang meninggal dunia.

IMG 8136

IMG 8114

IMG 8149

IMG 8165

IMG 8182

IMG 8195

IMG 8197

IMG 8204

IMG 8207

 

Harga Emas Semasa: RM 211.83  

Nisab: RM 15885.00  

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat Februari 2020)
Kutipan: 
RM 14,684,565.20

Agihan: RM 27,813,731.31

 

  ezakatJompay

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2020 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome