A+ R A-

Program Nur Ramadhan Siri 1

25 April 2019 , Kepala Batas : Program tahunan ini diadakan bagi mengagihkan sumbangan zakat kepada asnaf fakir miskin sempena bulan Ramadhan yang akan tiba.

Program Nur Ramadhan Siri 1 telah berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas. Seramai 2,152 orang penerima bantuan bagi sekitar daerah Seberang Perai telah hadir dengan nilai agihan pada hari berkenaan berjumlah RM1,291,200.00. Majlis telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut menyerikan majlis tersebut dengan kehadiran YB Dato' Ir Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan YBhg Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim, YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. 

Program Nur Ramadhan siri ke- 2 pula berlangsung di Tapak Pesta, Sungai Nibong pada 30 April 2019. Melibatkan penerima dari daerah Timur Laut dan Barat Daya. Seramai 827 orang penerima akan menerima agihan bantuan bernilai  RM496,200.00 pada hari tersebut. Jumlah keseluruhan nilai agihan bantuan untuk kedua siri ini berjumlah RM 1,787,400.00.

Kesemua asnaf menerima wang tunai sebanyak RM600 berserta hamper dan beras. Pada tahun ini, Zakat Pulau Pinang memperuntukkan keseluruhannya sebanyak RM7,680,750.00 untuk diagihkan di sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal. Moga dengan bantuan ini, meringankan beban asnaf fakir miskin. Terima kasih pembayar zakat.

IMG 8226

IMG 8237

IMG 8259

IMG 8270

IMG 8276

IMG 8273

IMG 8297

IMG 8272

IMG 8316

IMG 8308

IMG 8330

IMG 8445

IMG 8485

IMG 8503

IMG 8526

IMG 8591

IMG 8597

IMG 8600

IMG 8613

IMG 8632

IMG 8558

IMG 8548

IMG 8566

 

 

Harga Emas Semasa: RM179.36

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga Mei 2019) 
Kutipan RM52,775,369.04
Agihan RM50,652,500.00

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome