MAJLIS APRESIASI GURU PENYELARAS & JURULATIH UTAMA PDCA 2019
11 November 2019, Seberang Jaya : Majlis yang disempurnakan oleh YB Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada guru-guru penyelaras dan jurulatih utama Program Didik Cemerlang Akademik (PDCA) atas usaha mereka sepanjang tahun 2019. Seramai lebih dari 22,000 orang anak-anak kita di sekolah telah menerima manfaat dari pelbagai program termasuk kelas-kelas tambahan & bengkel menjawab soalan peperiksaan secara percuma.
Program yang dimulakan sejak 2016 ini telah meningkatkan prestasi pelajar UPSR dan SPM di negeri Pulau Pinang. Antara agensi terlibat dan menyumbang peruntukan adalah Zakat Pulau Pinang (ZPP), Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). ZPP telah memperuntukkan RM1.6 Juta untuk PDCA pada setiap tahun.