A+ R A-

Majlis Penyampaian Saguhati Pengurusan Kariah & Bayaran Zakat Koporat

11 November 2018 , Kepala Batas : Zakat Pulau Pinang, MAINPP bersama JAIPP telah mengadakan Majlis Penyerahan Saguhati Pengurusan Kariah Masjid & Bayaran Elaun Mesyuarat Kariah Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2018. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Abdul Malik Bin Abul Kassim, YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 205 kariah masjid telah menerima bayaran berkenaan yang berjumlah RM410,00.00. Saguhati ini diberi dengan tujuan menghargai sumbangan yang telah mereka lakukan kepada masyarakat.

Dalam majlis yang sama juga telah berlangsung serahan zakat perniagaan dari syarikat koporat bagi haul 2017, syarikat berkenaan terdiri daripada :

i. AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD berjumlah RM 100,00.00 diwakili oleh En.Firdaus Toh , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

ii. SIRIM Pulau Pinang berumlah RM 130,034.34 diwakili oleh En.Adzhari Aziz, Senior Testing Executive.

iii. PTPTN Negeri berjumlah RM 139,071.13 diwakili oleh Pn.Wan Zawiah Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan.

iv. QSR (M) Holding ( KFC ) berjumlah RM 399,019.00 diwakili oleh En.Tuan Haji Mohd Roslan Mohd Saludin, Pengurus Besar Syariah & Pematuhan Halal.

v. Bank Pembangunan Malaysia Bhd. berjumlah RM 500,000.00, En.Mohamad Salihin Deris , Ketua Pengurusan Syariah Kumpulan.

ZPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat kerana sentiasa bersama ZPP menyantuni asnaf.

IMG 2977

IMG 2969 

IMG 2976

IMG 2996

IMG 3004

IMG 3012

IMG 3021

IMG 3031

IMG 3037

IMG 3047

IMG 3051

IMG 3063

 

Harga Emas Semasa: RM167.29

Nisab: RM14,700

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga 12 DISEMBER 2018) 
Kutipan RM105,976,604.02
Agihan RM91,920,497.96

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome