A+ R A-

Majlis Pembayaran Saguhati Jawatankuasa Kariah Negeri P.Pinang 2017

28 Nov 2017 , Dewan Millenium , Kepala Batas : Majlis Serahan Saguhati Jawatankuasa Kariah Negeri Pulau Pinang 2017 , Seramai 798 orang terdiri daripada Pengerusi, Timb. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang hadir pada majlis tersebut untuk menerima saguhati tersebut yang berjumlah RM398,800 bagi seluruh Pulau Pinang bagi 2017.

Dalam majlis yang sama juga Zakat Pulau Pinang telah menyumbangkan saguhati yang berjumlah RM1,700 kepada adik Noor Hamimi Ainina Rosdi, yang cemerlang dalam keputusan UPSR 6A , kejayaan beliau tidak dapat berkongsi bersama kerana ayahnya yang telah meninggal pada pagi keputusan UPSR keluar, Zakat Pulau Pinang telah menjadikan adik Noor Hamimi sebagai " ANAK ANGKAT " agar dapat memberi semangat dan galakkan untuk maju lagi di masa hadapan.

Sementara itu terdapat juga 5 syarikat koporat yang menunaikan zakat perniagaan :

Syarikat ETIQA TAKAFUL BHD : Jumlah RM75,000 bagi Haul 2016

Syarikat CIMB ISLAMIC BANK BERHAD : Jumlah RM100,000 bagi Haul 2016

Syarikat QSR BRANDS (M) HOLDING SDN. BHD. : Jumlah RM239,917.83 bagi haul 2016

Syarikat BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD : Jumlah RM400,000 bagi haul 2016

Syarikat UDA LAND SDN. BHD. : Jumlah RM1,303,162.53 bagi haul 2016

Jazakallahu Khayran kepada Pembayar zakat semua...

IMG 8486

IMG 8488

IMG 8493

IMG 8532

En. Hamzah Bin Alias , Ketua Pegawai Esekutif Bahagian Wilayah Utara Etiqa Takaful Bhd menyerahkan replika cek kepada YB. Dato' Haji Salleh bin Man selaku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

IMG 8542

Y.Bhg. Dato' Mohamad Zabidi Ahmad , Ketua Perbendaharaan CIMB Islamic Bank Bhd menyerahkan replika cek kepada YB. Dato' Haji Salleh bin Man selaku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

IMG 8560

Tuan Haji Mohd Roslan bin Mohd Saludin , Pengurus Besar , Jabatan Syariah & Pematuhan Halal , QSR Brands (M) Holding Bhd menyerahkan replika cek kepada YB. Dato' Haji Salleh bin Man selaku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

IMG 8574

En. Mohd Salihin bin Deris , Tim. Presiden Kanan / Ketua Khidmat Nasihat Syariah Bank Pembangunan (M) Bhd. menyerahkan replika cek kepada YB. Dato' Haji Salleh bin Man selaku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

IMG 8590

En. Zainudin Deni , Ketua Pegawai Eksekutif , UDA LAND ( NORTH ) Sdn. Bhd. menyerahkan replika cek kepada YB. Dato' Haji Salleh bin Man selaku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

IMG 8607

IMG 8617

Noor Hamimi Ainina Rosdi , 12 tahun , murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Ara Rendang , Kepala Batas , menerima saguhati dari Zakat Pulau Pinang.

IMG 8635

Penyerahan Bayaran Saguhati kepada Pengerusi Kariah masjid

IMG 8653

IMG 8669

 

 

 

Harga Emas Semasa:RM172.78

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga NOVEMBER 2017) 
Kutipan RM83,839,675
Agihan RM88,647,402

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome