A+ R A-

MAJLIS PELANCARAN SKIM SAKINAH

5 Mac 2020, Georgetown : Majlis yang berlangsung di Audiotorium A Komtar yang lepas merupakan penjenamaan semula Skim Potongan Zakat Bulanan (SPZB) yang telah dilaksanakan sejak awal penubuhan Zakat Pulau Pinang lagi. Sebelum bermula, majlis telah diserikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Dato' Dr. Danial Zainal Abidin.

Penjenamaan semula ini bertujuan untuk untuk memberi kemudahan serta menyemarakkan lagi pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan oleh kakitangan kerajaan awam dan swasta, sekaligus menambah jumlah kutipan zakat untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan kelak. Dalam majlis ini, Anugerah Perhargaan Majikan turut diadakan dan disampaikan oleh YB Dato' Abdul Razak Bin Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan  disaksikan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato' Dr.Wan Salim Bin Wan Mohd Noor. 7 Majikan yang terdiri dari sektor awam dan swasta dengan jumlah kakitangan tertinggi yang membuat potongan zakat bulanan kepada Zakat Pulau Pinang telah menerima anugerah tersebut. Mereka adalah Jabatan Akauntan Negara Cawangan Pulau Pinang, Jabatan Bendahari, Universiti Sains Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pulau Pinang, KWSP Pulau Pinang, BBraun Medical Industries Sdn Bhd dan Jabil Circuit Sdn Bhd.

Kami sangat menghargai sokongan anda semua kerana bersama kami selama ini dalam Skim Potongan Zakat Bulanan. Semoga dengan Skim Sakinah kali ini, lebih ramai asnaf yang memerlukan dapat kita bantu bersama.

IMG 8819

IMG 8833

IMG 8878

IMG 8903

IMG 8910

IMG 8927

IMG 8913

Harga Emas Semasa: RM 211.83  

Nisab: RM 15885.00  

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Setakat Februari 2020)
Kutipan: 
RM 14,684,565.20

Agihan: RM 27,813,731.31

 

  ezakatJompay

galeri

  news

  hubungi 

 

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2020 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome