A+ R A-

9 Ogos 2018 : Majlis NoU ZPP dengan CIDB

9 Ogos 2018, Komtar, Georgetown : Zakat Pulau Pinang MAINPP bekerjasama dengan Akademi Binaan Malaysia ( ABM ) Wilayah Utara untuk menganjur dan melaksanakan program - program latihan kemahiran dalam industri pembinaan kepada golongan asnaf yang telah bekerja,  golongan belia yang tercicir di dalam bidang akademik dan juga kepada yang mempunyai taraf sosio ekonomi yang rendah.

Akademi ini dapat memberi latihan dan meningkatkan kemahian dalam bidang berasaskan pembinaan sekaligus meningkatkan taraf hidup para pelatih yang terlibat dalam latihan industri ini. Golongan asnaf yang telah bekerja boleh juga turut menyertai program latihan anjuran kerjasama ini.

Sehubungan dengan itu, satu majlis menandatangani Nota Persefahaman (NoU) di antara kedua - dua pihak telah diadakan di Menara Komtar, Pulau Pinang yang diwakili oleh Y.Bhg Dato' Haji Abdul Malik Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan En. Mohd Nazri bin Hj Zakaria selaku Ketua Pegawai Operasi , Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara). 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato' Haji Sazali bin Hussin, Pegawai Eksekutif CIDB Holdings, Sr. Abdul Latif bin Hitam dan wakil dari CIDB Malaysia dan CIDB Negeri Wilayah Utara.

IMG 0317

IMG 0321 

IMG 0322

IMG 0347

Harga Emas Semasa: RM163.90

Nisab: RM14,700

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga SEPTEMBER 2018) 
Kutipan RM83,030,747.79
Agihan RM72,947,549.52

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome