A+ R A-

LAPORAN PRESTASI KUTIPAN DAN AGIHAN ZPP

13 Januari 2020, Georgetown : Satu sidang media berkenaan prestasi kutipan dan agihan 2018 - 2019 Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah diadakan oleh YBhg Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) . Antara yang hadir pada sesi tersebut adalah En. Amran Hazali, CEO ZPP, Tuan Haji Rosidi bin Hussain, Pengurus Besar Wakaf Pulau Pinang yangb baharu dan Prof. Dr. Mohammad bin Abdul Hamid, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) yang baharu.

Untuk makluman, pada tahun 2019, jumlah keseluruhan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip oleh ZPP adalah sebanyak RM121,483,234.90 berbanding pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM119,734212.91. Kadar peningkatan sebanyak 1.46%.

Bagi jumlah keseluruhan kutipan zakat merangkumi zakat harta dan zakat fitrah. Pada tahun 2019, kutipan zakat harta sebanyak RM116,365,065.21 berbanding kutipan zakat harta pada 2018 sebanyak RM114,826,389.90. Kadar peningkatan sebanyak 1.34%. Manakala kutipan zakat fitrah bagi bagi tahun 2019 pula sebanyak RM5,066,031.00 berbanding kutipan zakat fitrah pada tahun 2018 adalah sebanyak RM4,907,823.00pada kadar peningkatan sebanyak 3.23%.

Pada bulan Disember setiap tahun, ZPP menerima pembayaran zakat tertinggi berbanding pada bulan lain. Kutipan zakat harta adalah sebanyak RM26,013,790.90 berbanding bulan disember 2018 sebanyak RM20,587,730.74 kadar peningkatan sebanyak 26.36%.

Skim Potongan Gaji merupakan penyumbang tertinggi bagi kutipan zakat di ZPP setiap tahun. Pada tahun 2019, Skim potongan adalah sebanyak RM52,468,322.26 berbanding pada tahun 2018, kutipan zakat bagi skim potongan gaji sebanyak RM48,577,389.22 kadar peningkatan sebanyak 8.01%.

Selain Skim Potongan Gaji, Zakat perniagaan juga merupakan penyumbang tertinggi kepada kutipan zakat bagi setiap tahun. Pada tahun 2019, kutipan zakat perniagaan adalah sebanyak RM25,341,054.15 berbanding kutipan zakat perniagaan pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM33,229,626.22 menyusut sebanyak 23.74%.

Pada tahun 2019 bilangan muzakki (Pembayar zakat) adalah sebanyak 67,149 orang berbanding pada tahun 2018 seramai 65,706 yang pada kadar ini meningkat sebanyak 2.20% manakala bilangan muzakki baharu pada tahun 2019 yang direkodkan adalah seramai 6,250 orang berbanding bilangan muzakki baharu pada tahun 2018 seramai 5,675 orang.

Jumlah agihan zakat pada tahun 2019 yang telah berjaya diagihkan sebanyak RM110,989,506.99 berbanding pada tahun 2018 sebanyak RM103,765,813.68 iaitu sebanyak 6.96%. Jumlah ini adalah 91% daripada jumlah kutipan zakat yang dikumpulkan pada tahun 2019. Manakala penerima zakat pada tahun 2019 adalah sebanyak 37,059 orang berbanding pada tahun 2018 seramai 35,587 orang. Kadar peningkatan adalah sebanyak 4.14%.

Alhamdulilah, setiap tahun penerima bantuan zakat baharu juga meningkat. Pada tahun 2019, bilangan penerima zakat baharu seramai 7,442 orang berbanding pada tahun 2018, bilangan penerima zakat baharu seramai 6,963 orang kadar peningkatan sebanyak 6.88%

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

IMG 4219

IMG 1380

 

IMG 1381 

Harga Emas Semasa: RM 203.84

Nisab: RM 15885.00

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga Disember 2019)
Kutipan: 
RM 121,483,234.90
Agihan: RM 110,989,506.99

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome