A+ R A-

Konvoi Kembara Zakat 2017

Konvoi Kembara Zakat peringkat kebangsaan pada tahun ini telah diadakan di Negeri Sembilan dan Pusat Zakat Negeri Sembilan selaku tuan rumah telah melaksanakan program ini dengan jayanya. Program telah berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 September 2017 yang lalu. Alhamdulillah, Zakat Pulau Pinang,MAINPP seperti tahun-tahun sebelum ini tidak ketinggalan untuk turut serta.

Program ini merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bersama-sama Majlis Agama Islam Dan Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ). Peserta konvoi terdiri dari JAWHAR serta institusi-institusi zakat seluruh negeri. Sesi taklimat dan majlis perasmian telah berlangsung di Kelana Beach Resort, Port Dickson. Antara tujuan program sebegini adalah untuk mempromosikan aktiviti zakat kepada masyarakat serta menyantuni dan menyalurkan bantuan zakat kepada golongan asnaf zakat di negeri berkenaan.

Terima kasih kepada tuan rumah, Pusat Zakat Negeri Sembilan serta Agensi Mengurus Zakat dari setiap negeri dan kepada pembayar-pembayar zakat di seluruh negara.

IMG 6929

IMG 6965

IMG 7017

 

IMG 7038

IMG 7152

IMG 7220

IMG 7271

IMG 7294

 

Harga Emas Semasa:RM172.12

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga September 2017) 
Kutipan RM69,976,662
Agihan RM76,381,495

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome