A+ R A-

Persoalan Zakat

Beberapa kemusykilan berkaitan zakat telah diajukan oleh masyarakat kepada Zakat Pulau Pinang dan perkara ini telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Dakwah dan Rundingan Syara' (JADARIS) dalam Muzakarah Zakat 2007 bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri. Antaranya ialah :

  1. Saya ingin tahu pendapat tentang hukum membayar cukai pendapatan setelah menyempurnakan semua tuntutan zakat. Adakah ia menjadi wajib juga, atau harus atau sebagainya. Diharap dapat menghurai permasalahan ini.
  2.  Apakah hukumnya Zakat Pendapatan? Adakah Nas/dalil yang mewajibkannya?
  3.  Saya baru bekerja selama tiga tahun, dan al-hamdulillah saya telah membuat potongan gaji untuk membayar zakat pendapatan Soalan saya, bagaimana dengan pendapatan saya selama 2 tahun yang lalu, adakah saya kena denda atau bolehkah saya membayar zakat? Bagaimana kadarnya?  
  4.  Saya telah membuat potongan zakat berjadual atas gaji/pendapatan saya setiap bulan. Setiap bulan juga saya membuat simpanan dari gaji saya ke dalam bank. Adakah perlu saya mengeluarkan zakat simpanan sedangkan saya juga telah membayar zakat pendapatan? Ini bermakna saya telah membayar dua kali zakat dari sumber yang sama?  
  5. Bolehkah terangkan bagaimanakah yang dikatakan zakat wang simpanan?  
  6.   Adakah benar wang simpanan (sempurna milik) yang telah cukup nisab dan haulnya hanya perlu dikeluarkan zakatnya sekali sahaja? Iaitu tahun pertama sahaja. Sekiranya wang tersebut masih kekal jumlah dan nisabnya untuk tahun kedua, ketiga dan seterusnya, tidak perlu dikeluarkan zakatnya untuk tahun kedua, ketiga dan seterusnya. Sekian, terima kasih. 
  7.   Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya mengenai zakat wang simpanan. Boleh tak saya zakatkan kepada saudara saya yang berkeadaan begini: (i) Anak seramai 6 orang dan semua masih bersekolah, suami tidak mempunyai pendapatan tetap (kurang 250-300 sebulan). Tiada harta. (ii). Janda beranak enam tetapi hanya menanggung 2 anak yang masih belajar. 4 orang lagi anaknya sudah bekerja (pendapatan kecil).
  8.   Saya mengeluarkan wang dari simpanan KWSP, adakah perlu dikeluarkan zakat setelah wang tersebut saya terima?  
  9.  Saya kurang faham berkaitan dengan zakat saham. Ini adalah kerana sebelum ini saya belum pernah mendengar adanya zakat saham ini. Bolehkah ustaz terangkan kepada saya? 
  10.   Apakah perbezaan antara zakat bahan galian dan zakat emas dan perak?  
  11.  Saya ingin mengetahui berkaitan dengan zakat padi. Saya ingin mengetahui bagaimanakah pengiraan zakat padi di negeri Pulau Pinang?   
  12.  Apakah hukum zakat fitrah dan adakah seorang bapa berkewajiban membayar zakat fitrah terhadap anak-anak dan pembantunya?   
  13. Ayah saya telah meninggal sewaktu musim haji baru-baru ini. Semasa hayatnya, arwah ayah saya menunaikan zakat fitrah untuk dirinya, ibu saya dan adik perempuan saya yang masih di bawah tanggungannya. Soalan saya, siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menunaikan zakat fitrah ibu dan adik saya setelah ketiadaan ayah saya?
  14. Saya tidak membayar zakat fitrah pada tahun lepas kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya dan terlantar di hospital. Soalan saya, bagaimana saya hendak membayar denda zakat tersebut. Saya harap ustaz dapat membantu saya.
  15. Apakah hukumnya mengagihkan zakat kepada golongan bukan Islam berdasarkan keadaan mereka yang dhaif serta uzur?

 

 

Harga Emas Semasa:RM171.87
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Mei 2017) 
Kutipan RM35,838,784.73
Agihan RM34,701,455.18

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome