A+ R A-

Kriteria Permohonan Bantuan Zakat

form

Borang permohonan bantuan zakat boleh didapati dimana- mana kaunter perkhidmatan zakat. Sila nyatakan jenis bantuan yang ingin anda pohon. Terdapat beberapa tatacara yang perlu dipatuhi ketika memohon dan mengisi borang bantuan zakat.

KRITERIA PERMOHONAN ZAKAT

Syarat-syarat umum bantuan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 tahun
  4. Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah
  5. Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi

Tatacara permohonan bantuan

  1. Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
  2. Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
  3. Dokumen Utama (wajib disertakan) :
      1. Salinan kad pengenalan pemohon, 
      2. Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
  4. Dokumen Sokongan (jika perlu) :
      1. Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
      2. Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
      3. Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
      4. Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
  5. Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
  6. Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.

Hak Penerima Zakat

  1. Memberi maklumat yang tepat semasa memohon bantuan.
  2. Memenuhi syarat-syarat mengikut jenis bantuan yang dipohon.
  3. Bersikap dan berfikiran positif.
  4. Menggunakan wang Zakat yang diterima seperti dipohon.
  5. Bersyukur dan berpuas hati dengan bantuan yang diterima.

 


 Nota: 

Had Al Kifayah : Kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minimum yang menentukan tahap kelayakkan penerima zakat dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosio-ekonomi

Harga Emas Semasa:RM175.26

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Ogos 2017) 
Kutipan RM60,401,528.64
Agihan RM68,697,679.83

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome