A+ R A-

Bantuan Bencana Alam

Bencana Alam

Objektif :

Meringankan beban sementara yang ditanggung oleh individu yang terlibat dengan bencana alam dan musibah seperti kebakaran, ribut, banjir dan sebagainya yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan  harta benda.

Syarat- syarat :

1. Pemohon mestilah memenuhi syarat- syarat umum bantuan zakat.

2. Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang dan premis yang mengalami kerosakan / kemusnahan mestilah dalam negeri Pulau Pinang.

3. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga.

4. Permohonan mestilah disertai dengan salinan laporan polis dan laporan mestilah di atas nama pemohon ataupun isi rumah yang terlibat.

5. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kerosakan  ruang kediaman sahaja

6. Permohonan bantuan untuk kerosakan  bagi primis perniagaan diatas budibicara Zakat Pulau Pinang.

Cara – cara memohon :

1. Setiap permohonan yang diterima akan disiasat dan keputusan akan dibuat berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan.

2. Bantuan awal (kecemasan) sebanyak RM500.00 akan disalurkan, jika perlu  sebelum permohonan diproses.

3. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kes-kes semasa sahaja (sebulan).

4. Bantuan boleh disalurkan samada dalam bentuk tunai ataupun baik pulih premis pemohon

5. Sekiranya premis memerlukan baik pulih,  permohonan akan diberi keutamaan

6. Bagi kes-kes yang memerlukan bantuan bina rumah akibat bencana alam, ZAKAT PULAU PINANG dengan budi bicara boleh mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan sekiranya memenuhi syarat-syarat bantuan bina rumah (perkara 3.2) dan kaedah pelaksanaannya adalah seperti kaedah pelaksanaan bantuan bina rumah (perkara 3.2)

Harga Emas Semasa:RM171.87
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Mei 2017) 
Kutipan RM35,838,784.73
Agihan RM34,701,455.18

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome