A+ R A-

Bantuan Awal Persekolahan

IMG 2753le

Objektif:

Memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut disekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

Syarat-syarat:

1. Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan Zakat

2. Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang

3. Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi  persekolahan.

4. Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.

5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin

6. Mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bersekolah (tidak termasuk pra sekolah)

7. Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM1,500.00

Cara- cara Memohon:

1. Permohonan mestilah dibuat melalui borang bantuan zakat yang dikeluarkan oleh MAINPP

2. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga / waris

3. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekali sahaja dalam setahun

4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk tanggungan yang mempunyai surat sokongan sahaja

5. Untuk bantuan kemasukan ke asrama, permohonan akan dipertimbangkan mengikut kes berdasarkan pendapatan isi rumah dan tanggungan.

 

NOTA : Bantuan Persekolahan akan dibuka setiap hujung tahun dalam bulan September - November sahaja.

Harga Emas Semasa:RM178.01
Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(Sehingga Julai 2017) 
Kutipan RM54,010,757.56
Agihan RM55,685,022.56

news

ezakatJompay

galeri

hubungi

hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome