Bantuan Kewangan Sekaligus
Objektif :
Membantu golongan Asnaf Fakir dan Miskin yang bersifat sementara yang tidak berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan / makanan bulanan.
Syarat- syarat :
1. Pemohon mestilah memenuhi syarat - syarat umum bantuan zakat
2. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga.
3. Tiada pendapatan atau berpendapatan tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi
4. Pemohon mestilah tergolong dalam Asnaf Fakir dan Miskin yang menghadapi masalah-masalah berikut :
i. Mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau tiada keupayaan untuk bekerja
ii. Berpenyakit yang menghalang pemohon bekerja
iii. Tiada waris
iv. Cacat fizikal dan mental
v. Uzur
vi. Mempunyai sumber pendapatan tetapi tidak mencukupi pada masa-masa tertentu
vii. Isteri yang keputusan belanja akibat kematian suami atau suami di tahan pihak berkuasa dan sebagainya.
viii. Lain-lain kes yang tiada dalam senarai tetapi didapati boleh dipertimbangkan
5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin
6. Pemohon tinggal berasingan daripada waris yang berkewajipan menyaranya dari segi syarak.
Cara – cara memohon :
1. Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang.
2. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja setahun, manakala bagi permohonan kali kedua, hanya akan dipertimbangkan mengikut kes.
3. Jika berlaku permohonan bertindih, kelulusan adalah mengikut keperluan semasa