A+ R A-

Info Agihan


pict1

 

Asnaf ialah sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, dan amil - amil yang menguruskannya, para muallaf yang dijinakkan hatinya, untuk hamba- hamba yang hendak memerdekakan dirinya, untuk orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan) di jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan (musafir), sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

 

1. Fakir

Fakir ertinya orang yang tiada harta dan tiada pendapatan atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencukupi lima puluh peratus (50%) tanggungannya yang wajib menurut keadaan yang munasabah walaupun ada mempunyai rumah tempat kediamannya pada masa bahagian diberi kepadanyaMiskin

 

2. Miskin

Ertinya mana-mana orang yang bukan fakir dan yang mempunyai harta atau pendapatan tetapi tidak mencukupi untuk menampung diri dan tanggungannya

 

3.  Amil

Orang yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat

 

4. Muallaf

Seseorang yang baru memeluk Agama Islam.

 

5. Ghorimin

Mana-mana orang atau mana-mana organisasi yang terbeban dengan hutang kerana meminjam wang atau harta untuk kegunaan orang awam atau sendiri sebagaimana yang dibenarkan oleh Hukum Syarak

 

6. Ibnu Sabil

Mana-mana orang yang hendak memulakan atau dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diharuskan oleh Hukum Syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

 

7. Fisabilillah

Mana-mana orang atau organisasi yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti yang dari segi syaraknya disifatkan sebagai fisabilillah dan termasuk aktiviti menegak, mempertahan, mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya dan berjuang di jalan Allah

 

8. Ar-Riqab

Hamba yang berusaha untuk menyempurnakan perjanjian menebus dirinya

Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang telah memutuskan perbelanjaan untuk asnaf ini ditiadakan dalam konteks Pulau Pinang kerana tiada keperluan buat masa ini.

Harga Emas Semasa: RM 200.43

Nisab: RM14,000

KUTIPAN DAN AGIHAN
(sehingga JUL 2019)
Kutipan: 
RM 71,002,240.88
Agihan: RM 64,516,287.99

ezakatJompay

galeri

 news

 hubungi

No.4, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon : 604-5498088 Faks : 604 5306466
Copyright © 2013 Zakat Pulau Pinang
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, IE8 browser, Mozilla Firefox, Chrome